Memaparkan catatan dengan label Sistem Pengurusan Maklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sistem Pengurusan Maklumat. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mac 2011

DATABASE : SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Maklumat Dihujung Jari


Kami telah membangunkan sebuah perisian database sendiri yang amat berguna untuk TADIKA, PASTI, TASKA, SEKOLAH MENENGAH/RENDAH, MA'AHAD TAHFIZ, INSTITUSI AWAM DAN SWASTA, PIHAK PENGURUSAN SURAU, MASJID. KELAB, PERSATUAN DAN PERTUBUHAN.

Melalui sistem yang ditawarkan, pencarian data/maklumat pelajar contohnya menjadi lebih mudah. Carian maklumat boleh dibuat sama ada menerusi No Pelajar, Nama, No Kad Pengenalan, No Passport, No Sijil Kelahiran. Sistem ini bukan mengantikan sistem fail tetapi mengurangkan penggunaan fail malah mempercepatkan pencarian maklumat pelajar. Rekod bayaran yuran, gaji kakitangan, rekod kehadiran pelajar, rekod keluar masuk serta rekod pendaftaran pelajar - semuanya dioperasikan melalui sistem pengurusan maklumat yang cepat dan efisen. Segala data boleh diperolehi dihujung jari sahaja. Malah sistem ini boleh dihubungi melalui LAN (Local Area Network).

Sistem ini juga direka dengan penggunaan yang mudah seperti mana excell. Kami juga menawarkan beberapa tambahan atau ciri-ciri maklumat yang dikehendaki dengan harga yang berpatutan. Beerti, anda boleh meminta kami mencipta Sistem Pengurusan Maklumat berdasarkan kehendak anda sendiri!. 

Contohnya kami telah diminta oleh sebuah Ma'ahad Tahfiz untuk menyediakan Sistem Pengurusan Maklumat berdasarkan keperluan mereka. Ini merangkumi sistem yang merekodkan pergerakan pelajar keluar masuk asrama/sekolah. Sistem secara automatik akan memaparkan kekerapan pelajar keluar masuk malah mencatat sebab atau alasan pelajar tersebut keluar/masuk asrama/sekolah. Guru pada bila-bila masa boleh melihat analisis rekod keluar/masuk pelajar hanya dengan mengklik butang tertentu. Sistem akan memaparkan rekod tersebut yang merangkumi tarikh, masa dan sebab pelajar keluar/masuk asrama/sekolah. Seterusnya rekod ini boleh dicetak. Sistem Pengurusan maklumat mereka juga menyediakan cetakan untuk ID Pelajar, gambar, salinan fotostat yang telah di scanning, kad pengenalan dan lain-lain dokumen pelajar. Pelajar dan ibu bapa tidak perlu kerap kali membuat salinan fotostat bagi dokumen-dokumen pelajar untuk kegunaan sekolah kerana pihak sekolah telah ada maklumat tersebut dalam pengkalan data mereka. Ini menjimatkan masa dan memudahkan pelajar. Mungkin sedikit tambahan yuran bagi menangani kos cetakan dan kertas bagi tujuan di atas tetapi berbanding dengan kemudahan yang disediakan, ia adalah berbaloi.

Rekod bayaran yuran pelajar dan cetakan resit serta cetakan ID Pelajar juga ditawarkan melalui Sistem Pengurusan Maklumat kami. Dan untuk para peniaga kedai runcit, koperasi, kedai serbaneka malah syarikat-syarikat Trading, kami turut menawarkan sistem inventori yang mesra pengguna dan boleh dipelajari tidak sampai sehari. Ia menawarkan sistem inbois,stok, PO, DO, rekod jualan, cetakan inbois, PO, DO dan surat peringatan bayaran.

Untuk maklumat lanjut jika anda memerlukan Sistem Pengurusan Maklumat mengikut keperluan anda sendiri, sila berhubung dengan kami untuk temujanji.


Paparan Muka Sistem Pengurusan Maklumat.




Klik Untuk Seterusnya >>

Jumaat, 11 Februari 2011

Untuk Pusat Pendidikan Kanak-Kanak ...

Produk - Produk yang disediakan untuk Pelanggan - Pelanggan yang berkaitan

Sila 'klik' pautan yang di bariskan untuk penerangan lanjut .
Kes Senario dan Penerangan  untuk pengguna yang masih menggunakan cara manual untuk menguruskan pentadbiran organisasi .

Sistem Pengurusan Tadika dan Pusat Bimbingan Kanak Kanak pelbagai pakej di sediakan untuk pengurusan Tadika,Taska serta pusat perkembangan minda kanak kanak . Sistem ini merangkumi maklumat pelajar/murid-murid ( HEP/HEM ) serta rekod yuran bayaran bulanan serta bayaran tahunan . Resit pembayaran di cetak dan penyata bayaran boleh disediakan dengan mudah dan pantas.Pakej ekonomi 2 dalam 1  dengan satu sistem tambahan iaitu sistem 'payroll' -

Sistem Upah dan Gaji pekerja dan kakitangan mengandungi maklumat pekerja (Human Resources) , percetakan penyata gaji ( pay slips) dan maklumat berkaitan.

Pakej 4 dalam 1 di tambah dengan rekod hafazan dan hafalan al-quran serta kelas IQRA yang mengandungi rekod pencapaian berkaitan oleh pelajar.

Pakej 5 dalam 1 di tambah dengan rekod pergerakkan pelajar yang keluar dari sekolah diatas kebenaran dan permohonan ibu/bapa serta penjaga untuk tujuan yang bermaksud .


Sistem Pengurusan Sekolah Rendah Islam   pelbagai pakej disediakan untuk pengurusan Sekolah Rendah Islam. Sistem ini merangkumi maklumat pelajar/murid-murid ( HEP/HEM ) serta rekod yuran bayaran bulanan serta bayaran tahunan. Resit pembayaran dicetak dan penyata bayaran boleh disediakan dengan mudah dan pantas. Pakej ekonomi 2 dalam 1 dengan satu sistem tambahan iaitu sistem 'payroll' -

Sistem Upah dan Gaji pekerja dan kakitangan mengandungi maklumat pekerja (Human Resources), percetakan penyata gaji ( pay slips) dan maklumat berkaitan.

Pakej 4 dalam 1 ditambah dengan rekod hafazan dan hafalan al-quran serta kelas IQRA yang mengandungi rekod pencapaian berkaitan oleh pelajar.

Pakej 5 dalam 1 ditambah dengan rekod pergerakkan pelajar yang keluar dari sekolah diatas kebenaran dan permohonan ibu/bapa serta penjaga untuk tujuan yang bermaksud

Pakej 6 dalam 1 ditambah dengan rekod Asrama ( Jika ada ), rekod pergerakkan pelajar keluar dan masuk asrama dicatat secara elektronik .

Pakej 7 dalam 1 ditambah dengan hal ehwal ujian peperiksaan, sistem ini mengandungi maklumat input markah melalui setiap tahap dan kelas. Sistem ini akan menjana satu analisa merangkumi pencapaian mengikut tahap dan kelas, mengikut subjek dan menghasilkan senarai keputusan sesuatu ujian dan peperiksaan serta mencetak slip keputusan secara individu dan mengikut tahap dan kelas.
Klik Untuk Seterusnya >>
Sesuai dengan perkembangan dunia IT yang semakin berkembang, maka afaal resources turut menyertai industri IT ini dengan menawarkan beberapa cabang perniagaan berteraskan IT terutama perkhidmatan 'Data Base'

Sistem Pengurusan (Perisian Khas)

  • Sistem Pengurusan Maklumat Institusi untuk Tadika , Taska , Pusat Perkembangan Minda Kanak-kanak , Sekolah Rendah Islam , Madrasah Ilmiah ..
  • Sekolah Swasta dan Suwa
  • Pusat Pendidikan Pengajian Agama , Pondok dan Pusat Tahfiz
  • Kafa ,SAR dan Maahad Tahfiz
  • Sekolah Agama Rendah dan Menengah
  • Pusat Tuisyen ,Pusat Kemahiran
  • Umumi , Idadi dan Thanawi
Tutorial Applikasi
  • Pelbagai pakej disediakan samada In house dan On Site . Pakej asas Microsoft , SPSS dan AutoCAD.
  • Pakej untuk kelas menbanggunkan laman web atau blog juga boleh di sediakan secara berkumpulan .
Khidmat Teknikal
  • Khidmat membaik pulih , tingkat upaya secara on site disediakan . Kontrak penyelenggaraan secara berjadual boleh di berikan ..
Intranet
  • Rangkaikan sistem komputer organisasi anda , berkongsi pencetak dan akses internet secara LAN dan jaringan .Kami juga menawarkan pemasangan WAN dengan teknologi terkini.
Sistem Kawalan Keselamatan
  • Pemasangan Sistem kawalan litar CCTV untuk pejabat dan premis perniagaan dan pejabat .
Analisa Sistem
  • Kami berupaya menyediakan khidmatan Analisa Sistem untuk organisasi terutamanya di dalam sektor pertanian dan pembuatan produk
Pembangunan Laman Sesawang Organisasi
  • Kami membanggunkan laman sesawang organisasi untuk menampilkan perniagaan atau kegiatan organisasi anda . Mempunyai laman sesawang sendiri menyerlahkan identiti sesuatu organisasi

Khidmat Runding Sistem
  • Kami menyediakan perkhidmatan penyediaan dan pembetukan cafe siber desa untuk pembangunan setempat khasnya untuk kelab , persendirian atau pun organisasi.
Jualan
  • Kami menjual pelbagai jenis sistem komputer , baru serta reconditioned. Alat-alat tersebut berjenama berkuali dan diimpot.
Klik Untuk Seterusnya >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya