Portfolio

Afaal Resources telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan pada 09-10-2007. Syarikat ini berstatus Milikan Tunggal dan dimiliki 100% Bumiputera. Alamat berdaftarnya ialah di:

No.3, Jalan 3, Gerai MPS (Depan Kilang Suntex)
Senawang Industrial Estete
70450 Senawang, Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.

No telefon : 
No fax       : 
No telefon bimbit : 01111989874/010 3678979
 
Alamat e-mail : afaalresources@gmail.com 
Laman blog : http://afaalresources.blogspot.com/

Afaal Resources telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera dengan nombor pendaftaran 357-02097516. 

Afaal Resources terbabit dalam aktiviti pembekalan bahan-bahan bacaan dan alat tulis, kelengkapan pejabat dan kediaman, kelengkapan sukan, cenderamata, peralatan hospital dan makmal juga memberikan perkhidmatan mencuci dan membersih kawasan serta pejabat. 

  • · Antara visi syarikat ialah membekalkan buku-buku sama ada terbitan sendiri atau terbitan  syarikat-syarikat lain kepada institusi-institusi awam dan swasta.
  • · Biarpun menjadikan aktiviti pembekalan bahan bacaan dan peralatan pejabat sebagai perniagaan utamanya, namum demi mempelbagaikan aktiviti perniagaan, syarikat juga membabitkan diri dalam kerja-kerja pembersihan seperti membersih kawasan dan pejabat.
  • · Syarikat pernah memperolehi tender pembekalan buku daripada PNM (Perpustakaan Negara Malaysia) selama 2 tahun berturut-turut dengan nilai kontrak RM132,000.00 dan RM43,166.28. Juga telah memperolehi tender daripada Perbadanan Putrajaya Holding sebanyak 2 kali juga dengan nilai RM54,000.00 (2008) dan terbaru RM38,000.00 (2010).
  • · Untuk kerja-kerja pembersihan pejabat, syarikat sekarang sedang memberikan perkhidmatan pembersihan pejabat (termasuk bilik air, longkang dan padang) di Kilang Alif  Food yang terletak di Taman Tasik Jaya Industrial Park.
  • · Syarikat juga telah mengembangkan bidang perniagaan di Kementerian Kewangan dengan menambah kod kepala 020201, 020300 serta 020101. Dan telah berjaya mendapatkan kerja-kerja berkaitan seperti membekal Alat Pemadam Api kepada MARDI, kelengkapan pejabat kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, peralatan pejabat kepada SUK Negeri serta pejabat pertanian Negeri Sembilan. 
  •  Terbabit juga dengan kerja-kerja pembekalan peralatan bengkel terutama untuk kegunaan sekolah-sekolah vokasional, kolej komuniti dan ILP
  •  Afaal Resources juga semenjak dari tahun 2008 sehingga kini dipilih antara salah satu pembekal Bahan Terbitan Luar Negara (CD, VCD, VHS dan DVD) kepada USM, Pulau Pinang.
  •  Afaal Resources juga adalah ahli Persatuan Penjaja-penjaja Kecil Melayu Cawangan Negeri Sembilan dan merupakan AJK Negeri. Ia juga adalah Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya