Khamis, 2 Ogos 2012
AFA'AL RESOURCES TEROKA BIDANG PERNIAGAAN SAMPINGAN
Khamis, 22 September 2011
WAKIL PENGEDAR PENERBIT UPSI ZON SELATAN (NEGERI SEMBILAN)
AFAAL RESOURCES adalah wakil pengedar buku-buku terbitan Penerbit UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris). Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan Penerbit UPSI bolehlah berhubungan dengan pegawai pemasaran Afaal Resources atau terus email ke afaalresources@gmail.com
Sabtu, 2 April 2011
Tawaran Hebat dari Air-Asia
Let's go to the land of extreme sports. Skydive off a plane at 12,000 feet, jump from a bridge, or experience the exotic Maori culture. Air Asia is having a sweet deal to Christchurch, New Zealand. As low as RM499 to Christchurch. Don't miss out.
Maklumat lanjut : Air Asia
Rabu, 30 Mac 2011
Tips Untuk Cepat Mendapatkan komisen dari Nuffnang
2. Kemaskini blog setiap hari supaya blog anda berada dikedudukan blog yang aktif. Sekurangnya satu post untuk satu hari. Cara mudahnya ambil berita dari keratan akhbar online jika anda kekurangan idea.
3. Advertiser juga akan menilai konsep blog anda supaya iklan mereka padan dengan konsep blog seperti food, sport, movie dan sebagainya. So, caranya adalah anda perlu selalu kemaskini "Blogger Bio" di akaun Nuffnang anda supaya advertiser dapat mengenal pasti konsep iklan mereka dengan konsep blog anda.
4.Advertiser akan memilih blog yang ada banyak advert-advert nuffnang.so, disarankan letak semua jenis nuff ads seperti leaderboard, skyscrapper, and large rectangle.
5. Kurangkan post pasal Politik, sebab advertisers tidak berapa suka konsep begitu.
Isnin, 28 Mac 2011
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
Isnin, 14 Mac 2011
Perbuatan membakar novel Interlok oleh kira-kira 100 penduduk berketurunan India di Klang semalam boleh dianggap satu perbuatan biadab, kurang ajar dan tidak bertamadun.
Ketua Media Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Borhan Md. Zan berkata, perbuatan membakar novel itu adalah perbuatan tidak waras dan tidak menghormati Sasterawan Negara.
''Mereka sepatutnya menghormati kepelbagaian kaum di negara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas perbuatan membakar novel Interlok untuk mendesak kerajaan agar mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima di sekolah.
Mereka turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Borhan berkata, kerajaan tidak harus tunduk pada desakan seperti itu dan menentang sebarang usaha untuk menilai semula novel berkenaan termasuk mengubah perkataan tertentu.
''Gapena amat sedih dan mengecam kedangkalan fikiran mereka yang mengikut emosi dan berkepentingan politik itu.
''Istilah kasta paria yang digunakan dalam novel ini adalah mengikut fakta sejarah dan sememangnya wujud di India, oleh itu mereka tidak harus mempertikaikannya,'' katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsudin Othman berkata, perbuatan tersebut merupakan satu tindakan tidak menghargai khazanah negara kerana ia karya Sasterawan Negara bukannya penulis biasa.
''Novel Interlok pernah dijadikan buku teks pada 1970-an dan digunakan selama 10 tahun. Jadi kenapa pada ketika itu masyarakat India boleh terima dan tidak mengambil tindakan tidak matang seperti membakar novel itu?
''Adakah masyarakat India sekarang ini semakin tidak matang atau bertindak atas isu-isu lain pada ketika kerajaan mahu memperjuangkan gagasan 1Malaysia,'' katanya.
Sementara itu, Pengarah Media Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Md. Salleh Yaapar berkata, pihak yang mempertikaikan keunggulan novel tersebut adalah berasaskan pada tanggapan yang tidak betul dan 'memperajakan' emosi atau kepentingan politik peribadi semata-mata.
''Isu ini sepatutnya tidak timbul kerana sesiapa yang membaca novel ini dari awal hingga akhir adalah memaparkan kisah nyata pada zaman itu yang mana mampu menjadi satu bahan bacaan untuk anak-anak bangsa Malaysia memahami sejarah mereka melalui karya sastera.
''Dengan karya itu kita dapat tahu asal usul kita sebagai satu wahana untuk konsep 1Malaysia,'' katanya.
Ketua Penerangan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim mengingatkan pelbagai pihak agar melihat novel Interlok dari sudut yang positif dan tidak terlalu emosional.
Sabtu, 12 Mac 2011
Senarai Blog Saya
-
PERCUTIAN PKPB KE LANGKAWI - MEMANG menjadi rutin keluarga kami akan cuti-cuti Malaysia pada setiap tahun. Cuma kali ini kami 2 kali bercuti. Kira bonus la. Percutian pertama ke Mela...3 tahun yang lalu
-
SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2019-2020 - BIL JAWATAN NAMA ALAMAT NO K/P NO TEL 1 PENGERUSI IZLAN BIN TUN NO. 34 BLOK C 590729-10-5345 012-9419759 2 SETIAUSAHA FATIMAH BTE SYIDZTAMIAH NO. 13 BLO...5 tahun yang lalu
-
HD Aquaman 2018 Streaming - Watch Aquaman 2018 Full Movie. Watch Aquaman 2018 can be watch for free registering. Watch Aquaman 2018 with HD Quality. Download Aquaman 2018 HD Qualit...5 tahun yang lalu
-
kemana menghilang - lamo eh den abaikan tugas den kek sini... utk tahun ni selepas kemasukan beberapa ahli baru wcn9 kini kembali memanaskan suasana dengan semangat baru...per...11 tahun yang lalu
-