Rabu, 2 Mac 2011

DATABASE : SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Maklumat Dihujung Jari


Kami telah membangunkan sebuah perisian database sendiri yang amat berguna untuk TADIKA, PASTI, TASKA, SEKOLAH MENENGAH/RENDAH, MA'AHAD TAHFIZ, INSTITUSI AWAM DAN SWASTA, PIHAK PENGURUSAN SURAU, MASJID. KELAB, PERSATUAN DAN PERTUBUHAN.

Melalui sistem yang ditawarkan, pencarian data/maklumat pelajar contohnya menjadi lebih mudah. Carian maklumat boleh dibuat sama ada menerusi No Pelajar, Nama, No Kad Pengenalan, No Passport, No Sijil Kelahiran. Sistem ini bukan mengantikan sistem fail tetapi mengurangkan penggunaan fail malah mempercepatkan pencarian maklumat pelajar. Rekod bayaran yuran, gaji kakitangan, rekod kehadiran pelajar, rekod keluar masuk serta rekod pendaftaran pelajar - semuanya dioperasikan melalui sistem pengurusan maklumat yang cepat dan efisen. Segala data boleh diperolehi dihujung jari sahaja. Malah sistem ini boleh dihubungi melalui LAN (Local Area Network).

Sistem ini juga direka dengan penggunaan yang mudah seperti mana excell. Kami juga menawarkan beberapa tambahan atau ciri-ciri maklumat yang dikehendaki dengan harga yang berpatutan. Beerti, anda boleh meminta kami mencipta Sistem Pengurusan Maklumat berdasarkan kehendak anda sendiri!. 

Contohnya kami telah diminta oleh sebuah Ma'ahad Tahfiz untuk menyediakan Sistem Pengurusan Maklumat berdasarkan keperluan mereka. Ini merangkumi sistem yang merekodkan pergerakan pelajar keluar masuk asrama/sekolah. Sistem secara automatik akan memaparkan kekerapan pelajar keluar masuk malah mencatat sebab atau alasan pelajar tersebut keluar/masuk asrama/sekolah. Guru pada bila-bila masa boleh melihat analisis rekod keluar/masuk pelajar hanya dengan mengklik butang tertentu. Sistem akan memaparkan rekod tersebut yang merangkumi tarikh, masa dan sebab pelajar keluar/masuk asrama/sekolah. Seterusnya rekod ini boleh dicetak. Sistem Pengurusan maklumat mereka juga menyediakan cetakan untuk ID Pelajar, gambar, salinan fotostat yang telah di scanning, kad pengenalan dan lain-lain dokumen pelajar. Pelajar dan ibu bapa tidak perlu kerap kali membuat salinan fotostat bagi dokumen-dokumen pelajar untuk kegunaan sekolah kerana pihak sekolah telah ada maklumat tersebut dalam pengkalan data mereka. Ini menjimatkan masa dan memudahkan pelajar. Mungkin sedikit tambahan yuran bagi menangani kos cetakan dan kertas bagi tujuan di atas tetapi berbanding dengan kemudahan yang disediakan, ia adalah berbaloi.

Rekod bayaran yuran pelajar dan cetakan resit serta cetakan ID Pelajar juga ditawarkan melalui Sistem Pengurusan Maklumat kami. Dan untuk para peniaga kedai runcit, koperasi, kedai serbaneka malah syarikat-syarikat Trading, kami turut menawarkan sistem inventori yang mesra pengguna dan boleh dipelajari tidak sampai sehari. Ia menawarkan sistem inbois,stok, PO, DO, rekod jualan, cetakan inbois, PO, DO dan surat peringatan bayaran.

Untuk maklumat lanjut jika anda memerlukan Sistem Pengurusan Maklumat mengikut keperluan anda sendiri, sila berhubung dengan kami untuk temujanji.


Paparan Muka Sistem Pengurusan Maklumat.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..blh x bg idea table apa y perlu ada dalam database..skunk ni sy tgh wt proposal system pendaftaran asrama

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya