Khamis, 2 Ogos 2012

AFA'AL RESOURCES TEROKA BIDANG PERNIAGAAN SAMPINGAN

BERMULA pertengahan tahun lalu (2011), Afaal Resources telah meneroka perniagaan baru. Mencari peluang-peluang perniagaan baru memang diperlukan ketika ini memandangkan industri perbukuan seakan menghadapi zaman suramnya atau mungkin dengan kewujudan semakin banyak syarikat-syarikat dalam industri tersebut, peluang syarikat-syarikat sedia ada semakin terjejas. 

2 bidang baru yang diterokai oleh syarikat kini adalah menawarkan perkhidmatan membersih kawasan dan pejabat serta menjadi pembekal peralatan pejabat dan bengkel. Alhamdulillah, meskipun belum banyak menerima tawaran kerja, namun untuk prestasi permulaan sebuah syarikat kecil, kerja-kerja yang diperolehi lewat 2011 dan 2012 sekurang-kurangnya dapat menampung sebahagian kos 'overhead' syarikat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya