Ahad, 11 Julai 2010

Aktiviti & Visi

Afaal Resources terbabit dalam aktiviti pembekalan bahan-bahan bacaan dan alat tulis, kelengkapan pejabat dan kediaman, kelengkapan sukan, cenderamata, peralatan hospital dan makmal juga memberikan perkhidmatan mencuci dan membersih kawasan. Syarikat juga dalam perancangan untuk terbabit dalam bidang penerbitan buku secara langsung untuk menjana pendapatannya di samping sebagai memenuhi visi utamanya memperkayakan bahan-bahan bacaan di Malaysia selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan masyarakat berilmu dan berdaya maju.

  • • Antara visi syarikat ialah membekalkan buku-buku sama ada terbitan sendiri atau terbitan syarikat-syarikat lain kepada institusi-institusi awam dan swasta.
  • • Sasaran utama syarikat ialah memenuhi keperluan perpustakaan awam, sekolah-sekolah, kolej-kolej dan juga universiti kerana di sinilah keperluan menyediakan segala prasarana pembelajaran menjadi fokus utama kerajaan.
  • • Membekalkan alat tulis ke sektor awam dan swasta kerana peralatan ini juga satu keperluan utama yang seiring dengan keperluan bahan bacaan.
  • • Menjadikan budaya membaca itu sebagai satu budaya tradisi masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu syarikat menganggap pembekalan buku ke institusi-institusi tersebut dapat membantu secara langsung ke arah budaya membaca.
  • • Memberikan perkhidmatan secara langsung dan tidak langsung kepada masyarakat seperti membabitkan diri dalam pameran buku dan juga aktiviti-aktiviti kem motivasi.
  • • Bersama kerajaan menjayakan Wawasan 2020 dengan akitiviti pembekalan buku-buku akademik yang berkualiti tinggi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog Saya